CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 8 January 2013



TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM BAHAGIAN A


TEKNIK  BARALISMAK 2
(BACA, RANGKA, TULIS dan SEMAK)

Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pelajar cemerlang. Panjangnya huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.



PENDAHULUAN:
Tema: Pelajar Cemerlang
Kumpulan Sasaran: Para Pelajar
Bahasa Indah:  kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

RANGKA KARANGAN:
Tugasan: Ciri-ciri pelajar cemerlang

ISI-ISI JAWAPAN:
 Menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.
 Membuat ulang kaji dan latihan di rumah
 Rajin membaca buku

PENUTUP:

AP:   Tuntasnya terdapat banyak / pelbagai ciri yang boleh digunakan untuk menentukan
          kecemerlangan seseorang pelajar dalam pelajaran mereka.
AC:   Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah komited untuk menjadi seorang
          pelajar yang cemerlang dalam pelajaran demi masa depan mereka yang lebih baik
BI :    Orang-orang tua ada berpesan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
          lengan haruslah dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita semua.
AH:   Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan
          berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

PENDAHULUAN
JENIS AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN
TEMA
Belakangan ini,
Marcapada ini,
Pada era globalisasi kini,
Sejak akhir-akhir ini,
isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara.
KUMPULAN
SASARAN
Sehubungan dengan itu,
Dalam hal ini,
Dalam konteks ini,
para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang cemerlang.
BAHASA INDAH
Bak kata peribahasa,
Slogan,
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
TUGASAN
Persoalannya,
apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?


ISI 1: MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR DI DALAM KELAS
JENIS AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN
AYAT TOPIK
Pada pendapat saya,
Pada pemikiran saya,
Pada pandangan saya,
antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.
AYAT
HURAIAN
Hal ini demikian kerana,
para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.
AYAT
CONTOH
Sebagai contoh,
kejayaan nik nur madihah dalam peperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah.
BAHASA
INDAH
Persis kata peribahasa,
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar.

AYAT SIMPUL
Tegasnya,
apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.



ISI 2: MEMBUAT ULANGKAJI DAN LATIHAN DI RUMAH

JENIS AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN
AYAT TOPIK
Selain itu,
membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang.

AYAT
HURAIAN
Saya berpandangan demikian kerana,
langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah.
AYAT
CONTOH
Tamsilnya,
setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk melaksanakan ulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah  seorang pakar motivasi pelajar.
BAHASA
INDAH
Orang tua-tua ada berpesan,
belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu dipraktikkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka.
AYAT SIMPUL
Jelaslah,
mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

ISI 3: RAJIN MEMBACA BUKU

JENIS AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN
AYAT TOPIK
Di samping itu,
ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan.
AYAT
HURAIAN
Dalam konteks ini,
Dengan ini,
Dengan kata lain,
para pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dan dapat menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia sains dan teknologi kini.
AYAT
CONTOH
Misalnya,
Amalina seorang pelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya untuk peperiksaan.
BAHASA
INDAH
Slogan,
membaca jambatan ilmu perlu dipupuk dalam jiwa setiap pelajar untuk menjana generasi berilmu pengetahuan.
AYAT SIMPUL
Oleh itu,
budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

PENUTUP

JENIS AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN
AYAT
PANDANGAN
Tuntasnya,
Intihanya,
Walhasilnya,
Kesimpulannya,
terdapat banyak ciri  pada seseorang pelajar cemerlang  yang perlu dimiliki oleh generasi muda pada hari ini.
AYAT
CADANGAN
Sehubungan dengan itu,
Perkara ini secara tidak langsung,
semua pihak mestilah komited untuk melahirkan seramai mungkin pelajar-pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada masa akan datang.
BAHASA INDAH
Orang-orang tua ada berpesan,
alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para pelajar agar dapat mencapai hasrat murni ini.
AYAT
HARAPAN
Oleh itu,
Dengan ini,
Hal ini secara tidak langsung,
hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.



  
CONTOH KARANGAN LENGKAP:

Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara. Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang cemerlang. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya sangat mustahak diamalkan oleh para pelajar di negara ini. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?
Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.Sebagai contoh, kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar di sekolah. Tegasnya, apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

                  Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang. Saya berpandangan demikian kerana, langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk mengulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah  seorang pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu diamalkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Jelaslah, mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

                  Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan. Dalam konteks ini, para pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dengan menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia sains dan teknologi. Misalnya, Amalina pelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya untuk peperiksaan.Oleh itu, budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

                  Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dalam pelajaran yang perlu dimiliki oleh generasi muda kini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk melahirkan seramai yang mungkin pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada masa akan datang. Orang-orang tua ada berpesan alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para pelajar agar dapat mencapai hasrat murni ini., .Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.


No comments:

Post a Comment