CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 6 January 2013

TATAPANMU


Dengan kalimah  yang mulia ini, tinta ini dimulakan.
Hari ini merupakan bulan kedua seorang cikgu menjadi pelajar semula selepas hampir empat tahun meninggalkan dunia sebagai pelajar.Syukur kehadrat yang Esa kerana insan kerdil ini masih terus berdiri dan diberi peluang untuk terus berjuang mencari ilmu. Dalam kepenatan dan kelelahan, setelah hampir separuh hari berperang dengan emosi dan mental semasa di dalam kelas tangan ini mula membuka lembaran akhbar untuk mengendurkan urat-urat yang mula keletihan. Mata menatap ruangan motivasi tulisan DR TENGKU ASMADI T. MOHAMMAD,  insan kerdil ini tertarik dengan tulisan yang bertajuk BELAJAR AWAL UNTUK CEMERLANG, mengenangkan tugas besar yang bakal menghambat anak-anak didik kesayangan, ingin diri kerdil ini berkongsi kandungannya, kerana tugas ini merupakan amanah yang perlu dilasana.

TIPS INGIN BELAJAR AWAL:

  • Pandangan yang mengatakan belajar awal akan meyebabakan kita akan lupa apa yang kita baca atau ulangkaji merupakan pandangan yang salah, kerana tujuan belajar awal bukanlah untuk mengingati tetapi untuk memahami segala yang dipelajari. kefahaman adalah penting untuk memastikan ilmu itu sentiasa "terlekat" di minda
  • Senaraikan dan selesaikan perkara yang tidak faham atau keliru kerana kesilapan kita semasa belajar ialah tidak mencatat perkara yang kita tidak faham tetapi mencatat perkara yang kita faham, akibatnya, jumlah ketidakfahaman membukit dan tiada solusi yang diambil.
  • Penyediaan nota kecil dan peta minda perlu dibuat awal bukan sewaktu peperiksaan hanya dihujung tangga kerana masa adalah nyawa sewaktu peperiksaan hampir berlangsung. kita perlu fokus untuk mengeluarkan fakta bukannya sibuk membuat nota.
  • Belajar berkumpulan bertujuaan untuk perbincangan dan penyelesaian masalah. Minta rakan kumpulan membaca tajuk yang akan dibincangkan dan menyenaraikan perkara yang tidak mereka faham maka pada hari diskusi dijalankan setiap ahli perlu melontarkan idea dan cara penyelesaian. Sekiranya menemui jalan buntu berjumpalah dengan guru. Hari-hari akhir sebelum berjuang belajarlah secara sendirian dengan berjadual untuk menjadikan lebih fokus.
  • Rasa bersalah apabila bergiat aktif dalm bidang ko-kurikulum akan terhapus apabila kita melakukan strategi belajar awal kerana kta telah pun belajar secara konsisten maka lahirlah pelajar yang seimbang dari semua aspek kehidupan selain dapat menjalankan kehidupan yang sihat tanpa stres.
Benarlah kata pujangga:
"KEJAYAAN HARI ESOK BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA HARI INI"




No comments:

Post a Comment