CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PBS TINGKATAN 1



Memulakan langkah perjuangan ini dengan kalimat yang paling mulia agar perjalanan yang penuh ranjau ini membuahkan hasil. unutk panduan sahabat pendidik dan anak-anak yang baru kukenali dan baru menjadi ahli MTNP di sini cikgu sediakan panduan untuk kemaslahatan bersama mengenai PBS yang akan diguna pakai.Sila dapat deskriptor di sini.




B3 DT1 E1
MENGGUNAKAN KATA DAN FRASA DALAM PERENGGAN

Lengkapkan petikan berikut dengan kata dan frasa yang sesuai.


Petikan 1      
     Dewasa ini, kebakaran telah menjadi suatu bencana yang semakin membimbangkan kerana kejadian ini bukan sahaja memusnahkan harta benda malah turut ___________ nyawa. Memang tidak ___________ bahawa ``malang tidak berbau’’, tetapi dalam banyak aspek, kebakaran itu ___________daripada kelalaian manusia itu sendiri. Selain itu, kebakaran juga berpunca daripada keadaan bangunan yang telah  _____________atau mengalami kerosakan ___________ pendawaian. Keadaan ini  bertambah teruk apabila kebanyakan bangunan yang berkenaan tidak mempunyai sistem _____________ kebakaran yang moden dan______________. Memandangkan kebakaran mendatangkan pelbagai kesan negatif yang merugikan, kita harus sentiasa _____________ terutamanya apabila melibatkan penggunaan _____________ dan elektrik. Bak kata pepatah ``Api ketika kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi ___________ .”
 
Petikan 2 
     Sebagai seorang anggota masyarakat, kita mempuyai jiran-jiran di persekitaran rumah kita. Dari segi fizikalnya jiran tetangga ialah orang yang paling ______________ dengan kita.  Hal ini _____________ kita tinggal berjauhan dengan keluarga kita, ______________ bagi kita yang tinggal di bandar. Oleh itu, perlulah kita berbaik-baik dengan _______________ kita tanpa mengira bangsa, _______________ , dan keturunan. Dengan adanya hubungan yang baik dan kata ______________  daripada jiran kita, sudah tentu keharmonian sesama kita dapat ______________. Lebih-lebih lagi apabila dalam keadaan kecemasan kita amat memerlukan _______________ orang lain. _____________ kata, tanpa jiran yang sepakat kehidupan kita dirasakan tidak sempurna, bak kata pepatah ``Jiran Sepakat Membawa ______________.”
 
Petikan 3 
     Negara kita banyak mempunyai tempat pelancongan yang dapat menarik para pelancong  datang melancong ke sini. Negara kita yang hampir-hampir ____________ oleh lautan, dengan teluk, tanjung, serta ____________ yang landai dapat ______________  hati pelancong. Mereka dapat bersiar-siar di pantai,  bermandi-manda sambil ____________ udara yang ____________ di situ. _____________, tempat-tempat tersebut, tempat-tempat peranginan di tanah tinggi ____________ Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, dan _____________  juga menjadi tempat ______________   pelancong-pelancong. Di samping itu, tempat-tempat bersejarah dan _____________ asli seperti kilang batik juga turut memperkaya destinasi pelancongan di negara kita.
 

Petikan 4 
            Pengguna yang rasional menentukan keperluan, mengendalikan kewangannya dengan sistematik, dan mengamalkan tabiat belanja secara bijak. Seseorang pengguna haruslah ______________  keperluan asas seperti makanan, _______________, dan pakaian. Namun, dalam zaman moden ini, keperluan tersebut juga termasuklah pelajaran dan _______________. Selain itu, kita harus berbelanja mengikut ______________. Sikap ini membolehkan kita ______________ sebahagian pendapatan kita untuk keperluan masa ________________. Sewaktu kita membeli seboleh-bolehnya berlangganlah di kedai yang ______________ barang-barang yang ______________ dengan harga yang berpatutan serta memberikan _____________  yang baik. Tegasnya, sebagai seorang pengguna yang cermat, kita haruslah mengamalkan prinsip ``ingat sebelum kena, ______________sebelum habis.”

"USAHA TANGGA KEJAYAAN"








No comments:

Post a Comment