CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 21 March 2013

Tahniah atas kejayaanmu


Assalamualaikum...
Emmm rasa lama sungguh cikgu tak menulis di sini untuk meluahkan rasa hati... jadi hari ni cikgu rasa cikgu nak meluahkan rasa hati....emm hari ni ambilan MTNP yang ke-2 mengambil keputusan SPM... Alhamdulillah .... tahniah dan syabas cikgu ucapkan pada mereka yang berjaya tapi bagi yang tidak berjaya SPM bukan penghujung jalan, banyak lagi ranjau dan liku yang anakanda akan tempuhi... Teruskan berusaha  agar kalian terus maju dan berjaya bukan hanya duduk diam tak berbuat apa-apa.....

Thursday 14 March 2013

PANDUAN MENGIRA PERKATAAN DALAM RUMUSAN


ASSALAMUALAIKUM. 


Di sini ingin cikgu kongsikan sesuatu untuk panduan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5.moga panduan ini menjadi panduan unutk semua......
Bahagian rumusan ialah satu soalan yang wajib dijawab. Pelajar perlu membuat rumusan yang tidak melebihi 120 patah perkataan berdasarkan petikan rencana yang diberikan. Panjang petikan tersebut kira-kira 350 patah perkataan.
Ramai pelajar menghadapi masalah dalam pengiraan bilangan perkataan dalam rumusan kerana tidak dapat memastikan sama ada sesuatu perkataan tersebut patut dikira sebagai satu atau dua patah perkataan. Oleh itu, kami berharap panduan di bawah ini boleh membantu pelajar untuk menulis sebuah rumusan yang mengandungi lebih isi tanpa melebihi had jumlah perkataan yang ditentukan.
Semua aspek yang disenaraikan di bawah adalah dikira sebagai satu perkataan.
1. Kata Nama Khas. Contoh: Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat.
2. Kata Sendi. Contoh: di (1 patah perkataan), di sana (2 patah perkataan)
3. Kata Ganda. Contoh: gunung-ganang, murid-murid.
4. Peribahasa, ungkapan, dan cogan kata. Contoh: ada hati, seperti aur dengan tebing, pandu cermat jiwa selamat.
5. Tarikh dan angka. Contoh: 1000 (1 patah perkataan), 8 September 2011 (1 patah perkataan).
6. Kata Majmuk. Contoh: tunjuk ajar, bercampur aduk, mengambil kira
7. Gelaran. Contoh: Yang Berhormat (1 patah perkataan), Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (1 patah perkataan).
Penanda wacana tidak dikira sebagai satu patah perkataan. Contohnya:
1. ‘selain itu’ (2 patah perkataan).
2. ‘di samping itu’ (3 patah perkataan).
3. ‘Walau bagaimanapun’ (2 patah perkataan).
Akhir sekali, para pelajar jangan lupa menulis bilangan perkataan di bahagian bawah sebelah kanan kertas jawapan anda.