CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

LATIHAN SPM


Berikut merupakan cadangan jawapan daripada cikgu untuk latihan pada 
7hb Januari 2013


Jawab soalan-soalan berikut.

1. Berdasarkan novel yang anda kaji , huraikan tema novel tersebut.(8 markah)

Tema novel Renyah karya Gunawan Mahmood adalah  ketabahan dalam menghadapi masalah hidup.Datuk Dolhi seorang tokoh korporat yang berjaya tetapi menghadapi tekanan hidup menangani kerenah anak-anaknya. Sebagai bapa, dia mahukan  yang tebaik untuk anak-anaknya walaupun anak-anaknya hanyut dalam keinginan sendiri hingga mendatangkan masalah dan tekanan kepadanya. Kebimbangan itu bertukar menjadi kecewa apabila anak-anaknua apabila terlibat dalam pelbagai salah laku.Walau bagaimanapun, masalah tersebut dapat dihadapi dan diselesaikan dengan cara yang baik.

2.Huraikan persoalan kekeluargaan dalam novel yang anda kaji. (7 markah)

Persoalan kekeluargaan boleh dilihat dalam aspek memberi  didikan kepada  anak-anak, contohnya Datuk Dolhi dan Datin Tominah tidak mendidik anak-anak dengan sempurna menyebabkan anak-anaknya jauh terpesong dari landasan sebenar. Contohnya Mukhlis cenderung dalam bidang keagamaaan tetapi akibat tidak diberi bimbingan yang betul, Dani pula terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah. Datuk Dolhi hanya berharap dan impikan anak-anaknya membabitkan diri dalam bidang perniagaan tetapi hanya Wahi yang dapat memenuhi impiannya itu kerana Wahi mendapat didikan yang betul daripada neneknya.Persoalan kekeluargaan juga dapat dilihat  apabila kaum lelaki berkecenderungan luntuk berpoligami contohnya terdapat dalam kalangan kaum lelaki yang menyembunyikan perkahwinan kedua untuk menjaga kerukunan rumahtangga seperti yang telah dilakukan oleh Datuk Dolhi. Beliau merahsiakan perkahwinannya dengan Mastura  dengan begitu lama kerana sikap Datin Tominah yang telalu cemburu. Persoalan kekeluargaan juga dapat dilihat apabila anak-anak  yang sentiasa mengharapkan bantuan kewangan, contohnya Hasnol yang sentiasa meminjam wang ibu bapanya kerana gaya hidupnya yang mewah. Manakala Ilham pula mempunyai ijazah tetapi menganggur maka untuk menampung kehidupannya, Ilham sentiasa memohon bantuan ibu bapanya untuk meneruskan kehidupan.Mukhlis pula mahukan bapanya membiaya kumpulan jemaahnya ke India. Golongan isteri yang sentiasa sibuk pula dapat dilihat dalam watak Datin Tominah yang sentiasa sibuk dengan kumpulan datin-datinnya.

3.Berdasarkan novel yang kamu kaji di tingkatan 4 , jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.(7 markah)
Berdasarkan novel renyah karya Gunawan Mahmood, peristiwa Hasnol yang diburu pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dengan rasuah merupakan peristiwa yang sudah tentu mencalar maruah Hasnol dan ahli keluarga Datuk Dolhi. Peristiwa  kedua pula apabila Dani ditangkap polis kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah terlah menyebabkan Datuk Dolhi kecewa dan mencemarkan maruahnya sebagai bapa dan tokoh korprat.

"KECEMERLANGAN ADALAH HASIL DARIPADA SIKAP YANG INGIN DAN SENTIASA MELAKUKAN YANG TERBAIK"









JOM DAPATKAN SOALAN PERCUBAAN SPM DARI NEGERI-NEGERI LAIN .




BUAT ANAK-ANAK DIDIK YANG BERADA DI TINGKATAN 4 DAN 5, JOM KITA CUBA MENJAWAB SOALAN-SOALAN PERCUBAAN INI DI SINI

No comments:

Post a Comment