CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 7 January 2013

BUAT ANAK-ANAK 4ST DAN 4SI


Berikut merupakan cadangan jawapan daripada cikgu untuk latihan pada 
7hb Januari 2013


Jawab soalan-soalan berikut.

1. Berdasarkan novel yang anda kaji , huraikan tema novel tersebut.(8 markah)

Tema novel Renyah karya Gunawan Mahmood adalah  ketabahan dalam menghadapi masalah hidup.Datuk Dolhi seorang tokoh korporat yang berjaya tetapi menghadapi tekanan hidup menangani kerenah anak-anaknya. Sebagai bapa, dia mahukan  yang tebaik untuk anak-anaknya walaupun anak-anaknya hanyut dalam keinginan sendiri hingga mendatangkan masalah dan tekanan kepadanya. Kebimbangan itu bertukar menjadi kecewa apabila anak-anaknua apabila terlibat dalam pelbagai salah laku.Walau bagaimanapun, masalah tersebut dapat dihadapi dan diselesaikan dengan cara yang baik.

2.Huraikan persoalan kekeluargaan dalam novel yang anda kaji. (7 markah)

Persoalan kekeluargaan boleh dilihat dalam aspek memberi  didikan kepada  anak-anak, contohnya Datuk Dolhi dan Datin Tominah tidak mendidik anak-anak dengan sempurna menyebabkan anak-anaknya jauh terpesong dari landasan sebenar. Contohnya Mukhlis cenderung dalam bidang keagamaaan tetapi akibat tidak diberi bimbingan yang betul, Dani pula terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah. Datuk Dolhi hanya berharap dan impikan anak-anaknya membabitkan diri dalam bidang perniagaan tetapi hanya Wahi yang dapat memenuhi impiannya itu kerana Wahi mendapat didikan yang betul daripada neneknya.Persoalan kekeluargaan juga dapat dilihat  apabila kaum lelaki berkecenderungan luntuk berpoligami contohnya terdapat dalam kalangan kaum lelaki yang menyembunyikan perkahwinan kedua untuk menjaga kerukunan rumahtangga seperti yang telah dilakukan oleh Datuk Dolhi. Beliau merahsiakan perkahwinannya dengan Mastura  dengan begitu lama kerana sikap Datin Tominah yang telalu cemburu. Persoalan kekeluargaan juga dapat dilihat apabila anak-anak  yang sentiasa mengharapkan bantuan kewangan, contohnya Hasnol yang sentiasa meminjam wang ibu bapanya kerana gaya hidupnya yang mewah. Manakala Ilham pula mempunyai ijazah tetapi menganggur maka untuk menampung kehidupannya, Ilham sentiasa memohon bantuan ibu bapanya untuk meneruskan kehidupan.Mukhlis pula mahukan bapanya membiaya kumpulan jemaahnya ke India. Golongan isteri yang sentiasa sibuk pula dapat dilihat dalam watak Datin Tominah yang sentiasa sibuk dengan kumpulan datin-datinnya.

3.Berdasarkan novel yang kamu kaji di tingkatan 4 , jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.(7 markah)
Berdasarkan novel renyah karya Gunawan Mahmood, peristiwa Hasnol yang diburu pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dengan rasuah merupakan peristiwa yang sudah tentu mencalar maruah Hasnol dan ahli keluarga Datuk Dolhi. Peristiwa  kedua pula apabila Dani ditangkap polis kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah terlah menyebabkan Datuk Dolhi kecewa dan mencemarkan maruahnya sebagai bapa dan tokoh korprat.

"KECEMERLANGAN ADALAH HASIL DARIPADA SIKAP YANG INGIN DAN SENTIASA MELAKUKAN YANG TERBAIK"

Sunday, 6 January 2013

BUATMU HATIKU

"Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan."- DR FADZILAH KAMSAH

TATAPANMU


Dengan kalimah  yang mulia ini, tinta ini dimulakan.
Hari ini merupakan bulan kedua seorang cikgu menjadi pelajar semula selepas hampir empat tahun meninggalkan dunia sebagai pelajar.Syukur kehadrat yang Esa kerana insan kerdil ini masih terus berdiri dan diberi peluang untuk terus berjuang mencari ilmu. Dalam kepenatan dan kelelahan, setelah hampir separuh hari berperang dengan emosi dan mental semasa di dalam kelas tangan ini mula membuka lembaran akhbar untuk mengendurkan urat-urat yang mula keletihan. Mata menatap ruangan motivasi tulisan DR TENGKU ASMADI T. MOHAMMAD,  insan kerdil ini tertarik dengan tulisan yang bertajuk BELAJAR AWAL UNTUK CEMERLANG, mengenangkan tugas besar yang bakal menghambat anak-anak didik kesayangan, ingin diri kerdil ini berkongsi kandungannya, kerana tugas ini merupakan amanah yang perlu dilasana.

TIPS INGIN BELAJAR AWAL:

  • Pandangan yang mengatakan belajar awal akan meyebabakan kita akan lupa apa yang kita baca atau ulangkaji merupakan pandangan yang salah, kerana tujuan belajar awal bukanlah untuk mengingati tetapi untuk memahami segala yang dipelajari. kefahaman adalah penting untuk memastikan ilmu itu sentiasa "terlekat" di minda
  • Senaraikan dan selesaikan perkara yang tidak faham atau keliru kerana kesilapan kita semasa belajar ialah tidak mencatat perkara yang kita tidak faham tetapi mencatat perkara yang kita faham, akibatnya, jumlah ketidakfahaman membukit dan tiada solusi yang diambil.
  • Penyediaan nota kecil dan peta minda perlu dibuat awal bukan sewaktu peperiksaan hanya dihujung tangga kerana masa adalah nyawa sewaktu peperiksaan hampir berlangsung. kita perlu fokus untuk mengeluarkan fakta bukannya sibuk membuat nota.
  • Belajar berkumpulan bertujuaan untuk perbincangan dan penyelesaian masalah. Minta rakan kumpulan membaca tajuk yang akan dibincangkan dan menyenaraikan perkara yang tidak mereka faham maka pada hari diskusi dijalankan setiap ahli perlu melontarkan idea dan cara penyelesaian. Sekiranya menemui jalan buntu berjumpalah dengan guru. Hari-hari akhir sebelum berjuang belajarlah secara sendirian dengan berjadual untuk menjadikan lebih fokus.
  • Rasa bersalah apabila bergiat aktif dalm bidang ko-kurikulum akan terhapus apabila kita melakukan strategi belajar awal kerana kta telah pun belajar secara konsisten maka lahirlah pelajar yang seimbang dari semua aspek kehidupan selain dapat menjalankan kehidupan yang sihat tanpa stres.
Benarlah kata pujangga:
"KEJAYAAN HARI ESOK BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA HARI INI"




Saturday, 5 January 2013

Buat anak-anak didikku


*Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

*Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

*Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

*Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

*Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
*Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.

*Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

*Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

*Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.




Thursday, 3 January 2013

HIKMAH PUJANGGA


HIKMAH PUJANGGA

"Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi."
-Bestari-
"Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat."
-Joseph Conrad-

“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan” 
-Pujangga-

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” 
-Khalifah Abdul Malik bin Marwan-

Saturday, 24 November 2012





"Semoga diri ini akan terus berjuang hingga akhir hayat"