CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 14 March 2013

PANDUAN MENGIRA PERKATAAN DALAM RUMUSAN


ASSALAMUALAIKUM. 


Di sini ingin cikgu kongsikan sesuatu untuk panduan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5.moga panduan ini menjadi panduan unutk semua......
Bahagian rumusan ialah satu soalan yang wajib dijawab. Pelajar perlu membuat rumusan yang tidak melebihi 120 patah perkataan berdasarkan petikan rencana yang diberikan. Panjang petikan tersebut kira-kira 350 patah perkataan.
Ramai pelajar menghadapi masalah dalam pengiraan bilangan perkataan dalam rumusan kerana tidak dapat memastikan sama ada sesuatu perkataan tersebut patut dikira sebagai satu atau dua patah perkataan. Oleh itu, kami berharap panduan di bawah ini boleh membantu pelajar untuk menulis sebuah rumusan yang mengandungi lebih isi tanpa melebihi had jumlah perkataan yang ditentukan.
Semua aspek yang disenaraikan di bawah adalah dikira sebagai satu perkataan.
1. Kata Nama Khas. Contoh: Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat.
2. Kata Sendi. Contoh: di (1 patah perkataan), di sana (2 patah perkataan)
3. Kata Ganda. Contoh: gunung-ganang, murid-murid.
4. Peribahasa, ungkapan, dan cogan kata. Contoh: ada hati, seperti aur dengan tebing, pandu cermat jiwa selamat.
5. Tarikh dan angka. Contoh: 1000 (1 patah perkataan), 8 September 2011 (1 patah perkataan).
6. Kata Majmuk. Contoh: tunjuk ajar, bercampur aduk, mengambil kira
7. Gelaran. Contoh: Yang Berhormat (1 patah perkataan), Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (1 patah perkataan).
Penanda wacana tidak dikira sebagai satu patah perkataan. Contohnya:
1. ‘selain itu’ (2 patah perkataan).
2. ‘di samping itu’ (3 patah perkataan).
3. ‘Walau bagaimanapun’ (2 patah perkataan).
Akhir sekali, para pelajar jangan lupa menulis bilangan perkataan di bahagian bawah sebelah kanan kertas jawapan anda.

24 comments:

  1. Terima kasih cikgu kerana tunjuk ajar dengan cara yang berkesan,saya harap panduan ini jadi rujukan kami...,saya mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi hihi

    ReplyDelete
  2. Para pelajar dikira sebagai 1 perkataan atau 2 perkataan

    ReplyDelete
  3. Ibu bapa satu perkataan atau dua perkataan

    ReplyDelete
  4. kata nama khas tu kira 1 la ni

    ReplyDelete
  5. kalau nama orang sekali dgn bin kira mcm mana cikgu.. contoh: ali bin abu

    ReplyDelete
  6. kalau singkatan macam (JAKIM), SOP tu kira sebagai satu juga ker cg?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih dua perkataan atau 1

    ReplyDelete
  9. Ibu kota dikira satu perkataan atau dua?

    ReplyDelete
  10. Cg kalau kata sendi (di , ke) kira satu perkataan kan atau tak dikira

    ReplyDelete
  11. Kalau slogan contoh, badan sihat, otak cerdas..berapa patah perkataan?

    ReplyDelete
  12. dh lah nk nangis :") saya ingat dia x kira satu perkataan haiish

    ReplyDelete
  13. Rakyat Malaysia kira satu gak ke

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum cg... Kalau nama saintifik macam mana ya cikgu? Contohnya asid deoksiribonukleik... Atau bovine spongiform encephalopathy

    ReplyDelete