Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya...HAMKA
Pages
▼
Thursday, 10 January 2013
KATA-KATA HIKMAT
Baik kaya ialah kaya
hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan
sebesar-besar dosa ialah berdusta.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
(Hamka).
Orang yang takut menghadapi kesukaran
selamanya tidak akan maju. ~Horne
Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang
sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan
kamu.
Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai
hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba.
~Usman Awang
"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya
kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang
baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
Berunding cerdik dengan pandai, faham dua
menjadi satu.
Yang paling kita perlukan dalam kehidupan
ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal
yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
"Peristiwa itu memberi pengajaran kepada
saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak
menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
"Satu perkara yang menakutkan saya pada
masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah
yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku
Aziz
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir
sepantai.
Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua
akhirnya dicari.
Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi
tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
Siapa yang banyak bicara, banyak pula
salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang
harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu
bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang
buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu
tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan
sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan
agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
Kekitaan yang erat tiada yang berat.
Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk
berlari.
Orang bakhil tidak akan terlepas daripada
salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan
hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya
menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau;
adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA
ABU BAKAR
Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha
yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan
ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat,
dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh
hati.
No comments:
Post a Comment