CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 14 September 2013

Soalan Latihan Cuti Sekolah

Assalamualaikum.
Seperti mana yang telah cikgu janjjikan kepada anak-anak didik tingkatan 3. Di sini cikgu memuat naik soalan percubaan negeri kedah set b yang perlu anak-anak siapkan.


Semoga kalian berjaya menyiapkan latihan-latihan ini untuk kita bincangkan di dalam kelas nanti.

Saturday, 13 July 2013

JANGAN DIIKUT... TAPI YANG BAIK AMBILLAH....

SELAMAT PAGI DAN SELAMAT BERPUASA!!!!!

Seperti mana yang telah cikgu janjikan... cikgu akan memuat naik beberapa hasil kerja pelajar... Tahniah kerana telah berjaya menyiapkan tugasan yang cikgu berikan.... walaupun masih ada kesalahan namun apa-apa yang baik silalah ambil kerana yang melaksanakan tugas hanyalah mereka yang bergelar insan yang sedang berusaha. Walau bagaimanapun cikgu sangatlah menghargai usaha dan penat lelah anak-anak sekalian kerana dalam teguran dan setiap kesilapan ada seribu ilmu yang tersimpan yang hanya Allah yang tahu...
  


Rasanya tak perlu cikgu ingatkan semula apa-apa yang perlu anak-anak kesayangan cikgu ini lakukan.. kerana setiap perbuatan yang baik pada bulan Ramadhan al mubarak ini pasti Allah akan kurniakan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda...

selamat beramal dan selamat menjalankan tugas

Thursday, 4 July 2013

KERJA RUMAH UNTUK ANAK-ANAK 4ST SUPAYA TAK KE LAUT.....

Assalamualaikum...
Jom kita  buat kerja sekolah.....

Tajuknya:

Kempen mengibarkan Jalur gemilang baharu sahaja selesai di tempat anda. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sempena kempen tersebut. Tulis sebuah laporan tentang majlis pelancaran kempen tersebut dan panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.


"Mereka yang berjaya adalah orang yang selalu bertindak atas kefahaman bukan emosi dan alasan"
~ Cikgu~

SELAMAT MENYIAPKAN LATIHAN....

Friday, 28 June 2013

KARANGAN TINGKATAN 1


Assalamualaikum .. kepada anak-anak didik tingkatan 1 .Seperti yang dijanjikan cikgu akan membekalkan kerja sekolah pada kalian. Di bawah adalah senarai tajuk yang perlu dibincangkan.

a. Kesan-kesan apabila murid ponteng sekolah
b. Faktor-faktor amalan membaca tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja.
c. Faedah-faedah belajar secara berkumpulan
d. Kesan pencemaran udara
e. Aktiviti kokurikulum di sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah murid. Bincangkan.

Anak-anak diminta menyiapkan kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, 5 isi dan penutup. seterusnya menyiapkan sebuah karangan bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan hanya perlu memilih satu tajuk karangan sahaja.

Thursday, 27 June 2013

KHAS BUAT ANAK-ANAK TINGKATAN 4 ST

 Dengan lafaz Bismillah


YANG PENTING KERJASAMA!!!!

Alhamdulillah, hari ini berlalu dengan pantas buat cikgu, walaupun sakit perut ini kadangkala membuatkan cikgu tak keruan tapi cikgu tabahkan hati ini demi anak-anak tersayang. Baiklah seperti yang dijanjikan, jom kita salin semula hasil karangan yang kita sudah murnikan semasa di dalam kelas yang mengambil masa hampir 3 jam. Tahniah atas kerjasama yang telah diberikan. Jangan pula hasil karangan ini hanya dibiarkan kerana kalau tidak hari ini pasti nanti anak-anak memerlukannya.



Wednesday, 26 June 2013

Karangan


Alhamdulillah hari ini cikgu berjaya menyelesaikan dua jenis format karangan bersama dengan pembetulan yang telah cikgu buat bersama-sama anak-anak murid tingkatan 3 Bukhari dan Maliki. Cikgu mahukan semua anak-anak Tingkatan 3 menyalin semula karangan ini dan mencari maksud perkataan-perkataan baru di dalam buku karangan.
SELAMAT MENYALIN.... HEHEHEHE